Sunday, 17 February 2013

Saksi Biar Pasti | Kelih Biar Sahih

(Lihat biar tepat.
Pandang biar terang)


 





(I)

Kalau melihat
biar tepat.
Kalau memandang
biar terang.
Kalau menyaksi
biar pasti.
Kalau kelih
biar sahih.
Kalau mendengar
biar benar.

Kalau berkata
biar mesra.
Kalau bercakap
biar tetap.
Kalau berucap
biar cekap.
Kalau berbahas
biar ikhlas.
Kalau berbincang
biar tenang.
Kalau berunding
biar penting.


 
 


Ilham Aram 141
17 Februari 2013
1.30 petang

No comments:

Post a comment