Sunday, 17 February 2013

Hilang Waras Jadi Bebas | Hilang Akal Jadi Halal

(Asyik nampak cantik.
Ghairah nampak indah)


           

(138)
‘Syaitan’
Bicara Tok Ngah
28 April 2011
2.56 petang

 ARAM 

Jika sudah asyik
segala-galanya nampak cantik,
jika sudah ghairah
segala-galanya nampak indah
dan jika sudah berahi
segala-galanya nampak seksi.
Semakin leka
semakin berfoya-foya
dan semakin asyik
semakin tergedik-bergedik.


Justeru
jika syaitan sudah menjadi kawan,
maka yang mengiikut terus hanyut
dan yang  berbuat terus sesat.
Malah apabila hilang waras
 maka segala-galanya menjadi bebas 

dan apabila hilang akal maka
segala-galanya menjadi halal




 
Syaitanpun
menampakkan kepada
mereka kebagusan apa yang
selalu mereka kerjakan.
(Ai An’am:43)


 


 
Arambayu 138
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment