Wednesday, 13 February 2013

Menyiksa Didakwa | Menzalimi Dihakimi

(Penindas tak terlepas.
Pengkhianat tak terselamat) 



 

           

(137)
‘Penganiayaan
Bicara Tok Ngah
27 April 2011
3.30 petang

ARAM 

Orang yang berdendam
tidak akan tenteram,
orang yang menindas
tidak akan terlepas
dan orang yang berkhianat
tidak akan terselamat.
Setiap yang menganiaya
akan ditanya
dan setiap yang  mendera
akan dibicara.

 

Ingatlah,
yang menzalimi
akan dihakimi, 
yang menyiksa
akan didakwa
dan yang menindas
akan dibalas.
Justeru setiap yang berdosa
akan mendapat siksa
dan setiap yang bertanggungjawab
akan mendapat azab.
Tiada siapa yang dapat bersembunyi
daripada dakwaan
dan tiada siapa yang dapat lari
 daripada siksaan.


 


 

Sesungguhnya
orang yang aniaya
itu tidak mendapat
keberungtungan

(Al An’aam: 21)

 




 
Arambayu 137
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a comment