Wednesday, 13 February 2013

Bercanggah Bertekingkah | Bersetuju Bersatu

(Yang ramai bertikai.
Yang lebih berselisih)



 

LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



 

 ILHAM MINDA 36
MENGGAMIT RASA MENCUIT KATA
 (Short saying drawn from long experience)

51

Ada tetapi masih me-
minta, banyak tetapi masih berkehendak
 dan lebih tetapi masih menagih.

52

Kalau ditegur jangan
sekali-kali berundur dan kalau disanggah
jangan sekali-kali mengalah.

53

Apabila ramai
mereka sentiasa bertikai dan apabila lebih
mereka sentiasa berselisih.



54

Jika sentiasa bercang-
gah mereka bertelingkah
dan jika berse-
tuju mereka sentiasa bersatu
.

55

Apabila rela 
kita rasa selesa tetapi apabila terpaksa 
kita rasa tersiksa.



 


 
Aram 37(k)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment