Tuesday, 15 January 2013

Yang Malas Tertindas | Yang Lalai Terabai

(Malas  terlepas.
Malang  terhalang)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)




ILHAM MINDA 36
MENURUT RASA MENYAMBUT KATA
 (Short saying drawn from long experience)


56

Jangan sesekali
biarkan anak-anak mati kebulur sekalipun
nasi menjadi bubur.


57

Kalau hari ini kita
malas esuk kita tertindas
dan kalau hari
ini kita lalai esuk kita terabai
.

58

Kalau hari ini
kepuasan yang kita cari maka esuk ke-
buasan yang kita perolehi.

59

Kesabaran itu
membawa kebenaran dan ketenangan
 itu membawa kemenangan


60

Yang malang peluang-
nya sentiasa terhalang dan yang malas 
peluangnya sentiasa terlepas


 


 
Aram 36(m)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment