Tuesday, 15 January 2013

Kerja Itu Amanah | Usaha Itu Ibadah

(Malas berfikir fakir.
Malas berusaha papa)



           

(126)
‘Berfikir’
Bicara Tok Ngah
13 April 2011
11.00 pagi

ARAM

 Selagi ada masa 
kita teruskan bekerja,
selagi ada usia
kita teruskan berusaha
dan selagi ada hayat
kita teruskan beribadat.


Sesungguhnya
kerja itu amanah 
dan usaha itu ibadah.
Ingatlah,
orang yang malas berusaha
akan menjadi papa
dan orang yang malas berfikir
akan menjadi fakir.
Oleh itu lebih baik fikirkan
 apa yang akan kita tadbirkan
dan lebih baik putuskan
apa yang akan kita uruskan.

 
 

 
Dan apakah
Kami tidak memanjangkan
umurmu dengan masa yang
cukup untuk berfikir.

(Fathir: 37)
 




 
Arambayu 126
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment