Wednesday, 19 December 2018

W196A : Yang Tak Mendengar Kata Akhirnya Melata | Yang Tak Mendengar Nasihat Akhirnya Melarat

                               AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

3 Tahun 4 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 196A/40
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Apabila isteri terlalu
perasan suami menjadi bosan dan apabila
suami terlalu galak isteri menjadi jelak.
22.03.2008
Rizab Antarabangsa

2
          Kadang-kadang apabila
sama-sama lihat kita turut terlibat dan apabila
sama-sama buat kita ikut terjerat.
22.3.2008
“BNM RM393 Bilion”

3
Kadangkala yang bercinta
itu terpaksa meminta-minta dan yang berka-
sih itu terpaksa menagih-nagih.
22.03.2008
Tanah Runtuh


Alang-alang memberi
amaran biar mereka tertekan dan alang-alang
memberi nasihat biar mereka bertaubat.
22.3.2008
“214 Dipindahkan”Y

5
Yang tidak mendengar
kata akhirnya melata dan yang tidak mende-
ngar nasihat akhirnya melarat.
22.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 128

6
Sesungguhnya lebih baik
edar kepada orang yang lapar dan lebih baik
hulur kepada orang yang kebulur.
22.3.2008
“Menerima Taubat”
   
7
Kalau tidak bergerak
pantas kita akan dipintas dan kalau tidak ber-
gerak cergas kita akan dicantas.
23.3.2008
Kemelut Politik 23

       8
Orang yang tidak bertapak
kehilanglan hak manakala orang yang tidak
berumah kehilangan maruah.
23.3.2008
“Campur Tangan”

9
Rakan niaga biar sama-
sama menghitung laba dan rakan kongsi biar
sama-sama menanggung rugi.
23.3.2008
RM48.7j Kos Banjir
  
10
Sahabat yang karib tidak
akan membawa aib manakala sahabat yang
 akrab tidak akan membawa azab.
23.3.2008
“Pantai Timur”


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai

Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment