Wednesday 14 November 2018

192E : Makin Mewah Makin Membazir | Makin Susah Makin Kikir


3T 5B

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 192E
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)


41
Kadang-kadang hanya
sekali pandang terasa waswas tetapi
 berkali-kali pandang terasa jelas.
18.2.2008
Multaqa Terima

Biar berbeza minat
asal tidak berbeza matlamat dan biar berbeza
panduan asal tidak berbeza haluan.
18.2.2008
‘Islam Hadhari’

43
Kadang-kadang
makin mewah makin membazir dan kadang-
kadang makin susah makin kikir.
18.2.2008
Sistem Bintang

44
Kalau suami isteri berbalah
anak-anak menjadi resah dan kalau suami isteri
 berpisah anak-anak menjadi susah.
18.2.2008
‘Nilai Prestasi PBT’

45
Apabila waswas
apa yang dibuat terjejas dan apabila ragu-
ragu apa yang dibuat terganggu.
18.2.2008
Senaman Seni

46
Kadang-kadang
kita dapat mempertahankan maruah tetapi
kita tidak dapat melawan rasuah.
18.2.2008
‘Gerak Tari Tradisi’

    47          
Yang kalah jangan
sekali-kali membantah dan yang kecundang
 jangan sekali-kali membangkang.
18.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 91

       48       
Kadangkala dalam
keadaan keliru kita terpaksa setuju dan
dalam keadaan serabut kita terpaksa ikut.
18.2.2008
‘Emas Sepenuh Bumi’
                                                                   
49    
Sesungguhnya kerana
masalah mereka hilang arah dan kerana
keraguan mereka hilang tujuan.
19.2.2008
Peruntukan RM3j
  
50    
Kadang-kadang mereka 
menang kerana tuah dan kadang-kadang 
mereka kecundang kerana tulah.
19.2.2008
‘Jaya Bulan Bahasa’


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment