Tuesday, 21 November 2017

192A : Sehebat-Hebat Perompak Tertinggal Juga Jejak | Sehebat-Hebat Pencuri Tertinggal Juga Bukti



3 Tahun 0 Bulan 7 Hari
Ayra Ameera
(our little wonder)

Sesungguhnya
yang diam itu
lebih faham manakala
yang bertanya itu
 lebih bijaksana.

1 Bulan 27 Hari
Yang disimpan
akan menjadi harapan
 manakala
yang digenggam
akan menjadi azam.

1 Tahun 4 Bulan
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 192
BERJANGKA RASA BERJENAKA KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Sesungguhnya
kalau buat baik mereka yang sanjung tetapi
kalau buat jelik kita yang tanggung.
12.2.2008
Subsidi RM36.82b

2
Adat bersaing
saling tolong-menolong dan adat berganding
itu saling sokong-menyokong.     
12.2.2008
“Bantu Rakyat”

3
Kadang-kadang
apabila terpaksa barulah mengadu dan
apabila tersiksa barulah merayu.
12.2.2008
Kaedah Akupuntur

4
Jangan di saat-saat
akhir barulah hendak beringat dan jangan di
saat-saat  getir barulah hendak berjimat.
12.2.2008
“Tingkat Kesuburan”

5
Kadang-kadang apabila
penat barulah hendak berehat dan apabila
tenat barulah hendak bertaubat.  
12.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 85

6
Apabila dapat untung
ramai yang mengunjung tetapi apabila dapat
malang ramai yang menghilang. 
12.2.2008
“Orang Yang Rugi”

    
Kadang-kadang apabila
ada peluang ramai yang datang dan apabila
ada untung ramai yang mengunjung.   
13.2.2008
Printis e-Guru

       8
Di mana ada rezeki
di situ ramai mencari dan di mana ada
untung di situ ramai berkunjung.  
13.2.2008
“Murid Tahun 1”

      9
Yang ambil
peluang bertambah wang dan yang  ambil
kesempatan bertambah pendapatan. 
13.2.2008
Daya Saing Global

      10        
Sehebat-hebat
perompak tertinggal juga jejak dan sehebat-hebat
pencuri tertinggal juga bukti.
13.2.2008
“Malaysia 10 Terbaik”


ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment