Monday, 23 October 2017

191B: Apabila Suami Makin Percaya Isteri Makin Setia | Apabila Suami Makin Hormat Isteri Makin Taat


5T 11B 11H

 Ayla Arissa
(our little secret)

Siang
tak larut
malam tak mungkir
dan hilang tak luput
tenggelam
tak berakhir.

5 Hari
  
Hilang
amarah
maka terlerai masalah
tetapi hilang amanah
maka tergadai

maruah. 

1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 6 Bulan


MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 191
BERJALIN RASA BERJAMIN KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Apabila tidak yakin
yang kita buat main-main dan apabila tidak
percaya yang kita buat sia-sia.
4.2.2008
BN Terengganu

12
Orang yang ada harta
boleh beli kuasa manakala orang yang ada
wang boleh beli peluang.
4.2.2008
“92 Masjid baru”

13
Kadang kala yang
bergelar merasa dirinya besar dan yang
ternama merasa dirinya istimewa.
4.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 73

14
Apabila suami makin
percaya isteri makin setia dan apabila suami
makin hormat isteri makin taat.
4.2.2008
‘Memberi Kurnia’

15
Wajah seorang isteri
terletak pada suaminya dan maruah seorang
suami terletak pada isterinya.
5.2.2008
Projek RM37b

16
Yang tak bersedia buat
kerja tergesa-gesa dan yang tak merancang
buat kerja beralang-alang.
5.2.2008
“Kontraktor Bumi”

Kadang-kadang kita
gagal kerana tersilap meramal dan kita kalah
 kerana tersilap menelah.
5.2.2008
10.9 Juta Rakyat

       18       
Kadangkala keberangkalian
 itu menjadi kepastian dan kemungkinan
 itu menjadi keyakinan.
5.2.2008
“Layak Mengundi”

      19        
Anak-anak yang
sentiasa dididik akan menjadi cerdik tetapi
kalau sentiasa dibiar akan menjadi liar.
5.2.2008
Dana RM170.9j

20
Anak-anak yang
sentiasa diasuh akan menjadi patuh tetapi yang
sentiasa dibiar akan menjadi ingkar.
5.2.2008
‘Bantuan Tuisyen’


3 Tahun 6 Bulan

6 Tahun 3 Bulan


ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment