4 Tahun 9 Bulan
Ayra Ameera
(our little wonder)
. Kadang-kadang kerana
kuasa orang mudah lupa
dan kerana harta
orang mudah leka.
1 Bulan 4 Hari
Sebulat kata
menjadi cadangan
manakala sepakat kata
menjadi
rancangan.
1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 8 Bulan
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all
men’s wisdom)
ILHAM MINDA 190
BERIMAGINASI RASA
BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from
long experience)
31
Yang banyak termenung
hilang untung manakala
yang banyak
berkhayal hilang modal.
29.1.2008
Program Misi National
32
Yang terpengaruh
pandangannya keruh dan
yang terpe-
song pandangannya serong.
29.1.2008
“Kesan Positif”
33
Yang tidak mengawal diri
menjual budi dan yang
tidak menyelesai
masalah menjual maruah.
29.1.2008
Ali Imran, Ayat 61
34
Orang yang banyak
bertanya itu bijaksana tetapi orang yang
banyak diam itu lembam.
29.1.2008
“Laknat Pendusta”
35
Orang yang berkuasa itu
sentiasa digoda manakala
orang yang
berharta itu sentiasa
diperdaya.
30.1.2008
Isu Keracunan
36
Di mana ada madu
di situ mudah tertipu dan di
mana ada
gula di situ mudah terpedaya.
30.1.2008
Kena Tiang Gol
37
Kadangkala bukan
kerana lelah tetapi buat
helah dan bukan
kerana letih tetapi buat
dalih.
30.1.2008
“Murid Maut”
38
Orang yang berminat tidak
akan rasa penat dan orang
yang bersung-
guh tidak akan rasa
lenguh.
30.1.2008
“Murid Maut”
39
Yang terlantik baik ja-
lankan tugas dengan baik
dan yang terpilih
baik jalan tugas dengan
gigih.
30.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 66
40
Selagi ada keraguan
selagi itu tidak akan pasti
dan selagi ada
kebuntuan selagi itu tidak
akan jadi.
30.1.2008
“Bantah-Membantah”
ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia,
Manir
21200 Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment