Wednesday 31 May 2017

190C : Yang Mencari Ilmu Tidak Pernah Jemu | Yang Berbuat Amal Tak Pernah Kesal



5 Tahun 5 Bulan

Ayra Ameera
(our little wonder)

.  Apa yang  dipakai
bergantung pada rupa
dan apa yang dicapai
bergantung
pada usaha.

 1 Bulan 3 Hari

Kalau tidak upaya
 jangan cuba perdaya
dan kalau tidak
mampu jangan
cuba menipu.

2 Tahun 5 Bulan

3 Tahun 2 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 190
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Yang bijak terperangkap
oleh kebodohannya manakala yang tamak
terperangkap oleh kegelojohannya.
27.1.200
Israel Rancang

22
Sesungguhnya hina
besi itu kerana berkarat manakala
hina diri itu kerana melarat.
27.1.2008
“Holocaust Gaza”

Kalau berjalan tidak
berjarak kita terlajak dan kalau berkawan
tidak berbatas kita terbabas.
27.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 60

24
Sekalipun saling berha-
sad biarlah berhad dan sekalipun saling
berdengki biarlah bertepi.
27.1.2008
“Jangan Ragu-Ragu”

25
Orang yang malas itu
hidupnya terbatas manakala orang yang
dungu itu hidupnya terbelengu.
28.1.2008
Suharto Meninggal


26
Apa yang kita buat itu
biarlah bermanfaat dan apa yang kita
olah itu biarlah berfaedah.
28.1.2008
“Indonesia Berkabung”

    2 7         
Orang yang mencari
ilmu tidak pernah jemu dan orang yang ber-
 buat amal tidak pernah kesal.
28.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 61

       28       
Biar rupa hodoh asalkan
jangan jadi bodoh dan biar rupa cacat
asalkan jangan jadi sesat.
28.1.2008
“Bermubahalah”

      29        
Kadangkala kerana keka-
yaan hilang kepercayaan dan kerana
kemiskinan hilang keyakinan.
29.1.2008
Daya Saing Negara
     
30    
Yang berbalah tidak
mendapat faedah  dan yang bertarung
 tidak mendapat untung.
29.1.2008
“Kedudukan Ke 10”

 ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment