Sunday, 18 June 2017

190E : Terlalu Banyak Bukti Menimbulkan Kekeliruan | Terlalu Banyak Saksi Menimbulkan Keraguan

4 Tahun 9 Bulan

Ayra Ameera
(our little wonder)

.   Kadang-kadang
yang kita lihat itu
menjadi mimpi
tetapi yang kita buat itu
menjadi realiti.  

 1 Bulan 4 Hari

Yang kita
cadang itu membuka ruang
manakala yang kita
bincang itu membuka
peluang.

1 Tahun 4 Bulan

3 Tahun 8 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 190
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Terlalu banyak bukti
menimbulkan kekeliruan dan terlalu ramai
saksi menimbulkan keraguan.
31.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 69

Apabila kerja tidak siap
baru mengaku silap dan apabila kerja tidak
sudah baru mengaku salah.
31.1.2008
“Menyesatkan Kamu”

43
Bahasa kalau pandai
 guna ia menjadi kuasa  tetapi kalau salah
guna ia menjadi senjata.
1.2.2008
Plat TAN1

44
Kata-kata yang lembut mem-
buat orang terpaut tetapi kata-kata yang
pedas membuat orang membidas.
1.2.2008
“Bidaan RM200,000”

45
Kalau tahu bahasanya
maka kenal bangsanya dan kalau tahu
bangsanya maka kenal negaranya.
1.2.2008
Initiatif RM28.6j


46
Orang yang mudah
terpengaruh dengan lawannya mudah pula
bergaduh dengan kawannya.
1.2.2008
“Angkasakan Felda”


47
Jangan hilang ikhtiar
kalau kerja itu sukar dan jangan hilang
semangat  itu kalau kerja berat.
1.2.2008
Kabinet Bersetuju

       48       
Orang yang tidak berdaya
gunakan tipu daya dan orang yang tidak
larat gunakan tipu muslihat.
1.2.2008
“10 Barang Kawalan”

      49        
Kalau terasa sangsi
jangan cepat mencaci dan kalau terasa
syak jangan cepat membentak.
1.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 69
     
50    
Yang berhati-hati cuba
mengambil hati tetapi yang bermuka-
muka cuba memberi muka.
1.2.2008
“Sesat Diri Sendiri”



ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment