Wednesday, 17 May 2017

189E : Malu Itu Benteng Kepada Nafsu | Solat Itu Benteng Kepada Maksiat



5 Tahun 5 Bulan

Ayla Arissa
(our little Secret)

Yang membawa 
gosip itu tidak berprinsip dan
yang membawa fitnah itu
tidak beramanah.
  
 3 Bulan

Sesungguhnya
maaf itu lebih mendekati taat
manakala insaf itu
lebih mendekati taubat.



 1 Tahun 4 Bulan
  

3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
  

ILHAM MINDA 189
BERILUSTRASI RASA BERILUSI KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Kadang-kadang
 yang menang itu menjadi bimbang dan
yang kalah itu menjadi masalah.
21.1.2008
Radiasi Telefon

42
Kadang-kadang apabila
banyak wang dia boros tetapi apabila
banyak hutang dia bolos.
21.1.2008
“Sukar Tidur”

43
Apabila sudah pasti
jangan sekali-kali sangsi dan apabila sudah
jelas jangan sekali-kali waswas.
21.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 50

44
Menang jadi arang
dan kalah jadi abu manakala senang jadi
bimbang dan susah jadi malu.
21.1.2008
“Halal Yang Haram”

45
Sesungguhnya malu itu
benteng kepada nafsu manakala solat itu
benteng kepada maksiat.
22.1.2008
Pembiayaan RM160j

46
Kalau berkata jangan
sekali tergesa-gesa  dan kalau bercakap
jangan sekali tergagap-gagap.
22.1.2008
‘Usahawan Tekno’

47
Lebih baik mengelak
sebelum kaki terlajak dan lebih baik ber-
undur sebelum diri terlanjur.
22.1.2008
Peruntukan RM200j

48
Kalau suami suruh
lebih baik isteri patuh dan kalau isteri tegur
 lebih baik suami akur.
22.1.2008
“Pilihan Raya Ke 12”

49
Kalau takut buat silap
lebih baik buat senyap dan kalau takut buat
malu lebih baik buat bisu.
22.1.2008
Bank Islam RM1.5j

50
Orang yang bijak
jangan cuba buat lagak dan orang yang pandai
jangan cuba buat perangai.
22.1.2008
“Biayai Program Pintar”


ARAM2008
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu



No comments:

Post a comment