Thursday, 18 May 2017

189F : Benci Itu Membawa Kepada Sakit Hati | Murung Itu Membawa Kepada Sakit Jantung




5 Tahun 5 Bulan

Ayla Arissa
(our little Secret)

Yang membawa
gosip itu tidak berprinsip dan
yang membawa fitnah itu
tidak beramanah.
 


 3 Bulan

Sesungguhnya
maaf itu lebih mendekati taat
manakala insaf itu
lebih mendekati taubat.
  
  1 Tahun 4 Bulan
 

 3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 

ILHAM MINDA 189
Berimaginasi Rasa Berinpirasi Kata
(Short saying drawn from long experience)


51
Yang terkandas itu
lebih baik berusaha manakala yang ter-
tindas itu lebih  baik bersuara.
22.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 51

52
Benci itu membawa
kepada sakit hati manakala murung itu
membawa kepada sakit jantung.
22.1.2008
“Jalan Yang Lurus”

53
Orang yang menderma itu
membuat nama manakala orang yang
bersedekah itu membuat ibadah.
23.1.2008
Yayasan CIMB

54
Yang sentiasa beramal
ramai yang kenal tetapi yang sentiasa
kedekut ramai orang sebut.
23.1.2008
“Dana Pustaka Sekolah”

55
Sesungguhnya yang kaya
hidup dengan nikmat manakala yang
papa hidup dengan cermat.
23.1.2008
Sejam Berjalan Kaki

56
Kadang-kadang perasaan
ingin tahu buat kita malu dan perasaan
ingin lari buat kita benci.
23.1.2008
“Elakkan Kanser”

     57  
Orang yang sentiasa
berwaspada sukar diperdaya dan orang yang
sentiasa beringat sukar dikhianat.
23.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 52

58.      
Semakin tidak jelas
semakin menjadi waswas dan semakin
tidak pasti semakin menjadi sangsi.
23.1.2008
“Menyerah Diri”

59.      
Kalau menjadi saksi
jangan rasa sangsi dan kalau menjadi pendakwa
jangan sambil lewa.
24.1.2008
Peruntukan RM23j

      60 
Orang yang malas itu
akhirnya jadi galas manakala orang yang
segan itu akhirnya jadi beban.
24.1.2008
“Latih Yang Miskin”


 ARAM2008
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment