Saturday, 27 May 2017

190B : Yang Busuk Walaupun Ditudung Orang Akan Hidu : Yang Buruk Walaupun Dilindung Orang Akan Tahu



 4Tahun 5 Bulan

Ayra Ameera
(our little wonder)

   Siang tak larut
malam tak mungkir
dan hilang tak luput
tenggelam tak
berakhir.

1 Bulan 3 Hari

Hilang amarah
maka terlerai masalah
tetapi hilang amanah
maka tergadai
maruah.

 1 Tahun 4 Bulan

3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 190
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Semakin banyak makan
semakin kembung tetapi semakin ba-
nyak simpan semakin untung.
26.1.2008
Program Pintar

12
Yang menjadi ketua
mengikut petunjuk tetapi yang menjadi
hamba mengikut telunjuk.
26.1.2008
“350 Buah Sekolah’”

13
Jangan sekali-kali sangsi
kepada yang pasti dan jangan sekali-
kali syak kepada yang hak.
26.1.2008
Piagam Asean

14
Kadang-kadang apa
yang dicakap itu yang diharap dan apa
yang dikata itu yang terdaya.
26.1.2008
‘Utama Kesejahteraan’


15
Semakin dekat masa
semakin tergesa-gesa dan semakin dekat
waktu semakin terburu-buru.
26.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 57

16
Yang mudah dihasut
itu mudah mengikut dan yang mudah
dipengaruh itu mudah disuruh.
26.1.2008
“Beramal Soleh”

     17         
Apabila terpengaruh me-
reka saling menuduh dan apabila terhasut
mereka saling mengugut.
27.1.2008
Dasar Kepelbagaian

      18        
Sesungguhnya apa yang
Bditunu meninggalkan bau dan apa yang
dipadam meniggalkan sekam.
27.1.2008
‘Atasi Kemelesetan’

19
Tidak semua yang
busuk itu membawa bau dan tidak semua
yang buruk itu membawa malu.
27.1.2008
Pasangan Bertengkar

      20        
Yang busuk walaupun
ditudung orang akan hidu dan yang buruk
walaupun dilindung orang akan tahu.
27.1.2008
“Panjang Umur”



ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment