4 Tahun 5 Bulan
Ayra Ameera
(our little wonder)
. Sesungguhnya yang
berada itu pada lahirnya
dan yang tercipta
itu pada takdirnya.
1 Bulan 3 Hari
Beribadah itu
lebih banyak mencegah
manakala
beramal itu lebih
banyak mengawal.
2 Tahun 5 Bulan
3 Tahun 2 Bulan
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all
men’s wisdom)
ILHAM MINDA 190
BERIMAGINASI RASA
BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from
long experience)
1
Kalau hendak menjadi
muda baik ikut petua dan
kalau hendak
menjadi sihat baik ikut
nasihat.
24.1.2008
Malaysia Peneraju
2
Masa menjadi panjang
apabila tiada peluang dan
masa menjadi
singkat apabila tidak
sempat.
24.1.2008
‘Zakat Antarabangsa’
3
Orang yang mengaku
buat jelik itu lebih mulia
daripada orang
yang menipu buat baik.
24.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 53
4
Mengaku itu lebih
baik daripada menipu dan
bersetuju itu
lebih daripada berseteru.
24.1.2008
‘Menjadi Saksi’
5
Kadang-kadang yang
pandai menipu orang bantu
dan yang
pandai berbohong orang
sokong.
25.1.2008
Khutbah Jumaat
6
Orang yang bijak
menyelesaikan masalah
tetapi orang yang
bongkak mempertikaikan masalah.
25.1.2008
“Beramal Ibadat”
7
Sesungguhnya memberi
maaf itu sebaik-baik sedekah
manakala merasa
insaf itu sebaik-baik ibadah.
25.1.2008
Tekanan Kerja
8
Semakin kesal maka
semakin meminta maaf dan
semakin gagal
maka semakin rasa insaf.
25.1.2008
‘Membawa Maut’
9
Sesungguhnya menjadi
papa itu bukannya aib manakala
menjadi
kaya itu bukannya nasib.
25.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 54
10
Seseorang itu menjadi
mewah bukan kerana tuah
dan menjadi
fakir bu-kan kerana
takdir.
25.1.2008
‘Balasan Tipu Daya’
ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia,
Manir
21200 Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment