Friday, 3 March 2017

187A : Kata-Kata Kelakar Itu Menjadi Penawar | Kata-Kata Pahit Itu Menjadi Penyakit



 
3 Tahun
Jangan berbantah
perkara yang
tidak munasabah
dan jangan bertengkar
perkara yang
tidak wajar.
 
5 Bulan
Apabila
sudah lelah
baru hendak bersaing
dan apabila sudah kalah
baru hendak
berunding.

 
3 Tahun
 
Birthday Aqeef 1 Tahun
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 187
BERIKAT RASA BERINGAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Yang ghalib itu mendekati
yang wajib manakala yang musykil itu 
mendekati yang mustahil.
28.12.2007
27,688 Calon PMR

2
Kadang-kadang perkara
yang mustahil bagi orang jahil tetapi
 boleh bagi orang yang soleh.
28.12.2007
“A Semua Subjek”

3
Yang ajaib itu lama-lama
menjadi ghalib dan yang ganjil itu
 lama-lama menjadi jadi mustahil.
28.12.2007
Benazir Bhutto

4
Apabila mereka lihat
mereka terpengaruh dan apabila 
mereka buat mereka tertuduh.
28.12.2007
“Dalam Kenangan”

5
Sebelum terpengaruh
lebih baik menyuluh dan sebelum 
terlibat lebih baik menyiasat.
28.12.2007
Ali ‘Imran, Ayat 4

6
Jangan berbantah perkara
yang tak munasabah dan jangan ber-
tengkar perkara yang tak wajar.
28.12.2007
“Menjadi Petunjuk”

7
Apabila sudah lelahbaru
 hendak bersaing dan apabila sudah
 kalah baru hendak berunding.
29.12.2007
20.7j Pelancong

8
Kadangkala yang kecil
panggil-memanggil dan kadangkala 
yang besar gelar-menggelar.
29.12.2007
"Bernilai RM45.7b"

9
kata-kata kelakar
 itu menjadi penawar tetapi kata-kata
pahit itu menjadi penyakit.
29.12.2007
Ensiklopedia Islam

10
Hendak jangan teragak-
agak, mahu jangan tertunggu-tunggu 
dan ingin jangan bermain-main.
29.12.2007
“Mendahului Barat”
Teratak
4479 Seri teratai

 
Dari kaca mata
Ayra Ameera
 

ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 4479 Seri Teratai

Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment