Friday, 24 February 2017

184D : Kerana Pangkat Saling Sekat-Menyekat | Kerana Pengaruh Saling Jatuh-Menjatuh






Saling berperang
hilang peluang.
Saling bertarung
hilang untung.

 



Biar kecundang
asalkan tak hilang peluang.
Biar kalah
asalkan tak hilang maruah.




31
Kerana pangkat mereka saling
sekat-menyekat dan kerana pengaruh mereka saling jatuh-menjatuh.
5.12.2007
Bantuan RM11.91j

32
Yang malas berfikir itu
akhirnya tersingkir dan yang malas berikhtiar itu akhirnya terkeluar.
5.12.2007
“Jenamaan Semula Teksi”

33
Sesungguhnya
orang yang tidak berfikir panjang itu akhirnya tersingkir dan terbuang.
5.12.2007
Al Baqarah, Ayat 279

34
Biar tewas asalkan
peluang tidak terlepas dan biar kecundang asalkan peluang tidak hilang.
5.12.2007
“Taubat Dari Riba”

35
Biar kecundang
asalkan tak hilang peluang dan biar kalah asalkan tak hilang maruah.
6.12.2007
Hasil kajian

36
Hasil yang dikerjakan itu
untuk dimakan manakala hasil yang diusahakan itu untuk disimpan.
6.12.2007
‘Pilihan Raya Telus’

37
Kalau tidak berikhtiar
mereka menjadi lapar dan kalau tidak bekerja mereka menjadi papa.
6.12.2007
Subjek Sejarah

38
Jika buat dapat
dan jika berusaha Berjaya. Jika terus lulus dan jika diulang cemerlang.
6.12.2007
“‘Dikaji Semula”

39
Kita saling berperang
orang lain dapat peluang dan kita saling bertarung orang lain dapat untung.
6.12.2007
Al Baqarah, Ayat 280

40
Kalau ke hulu biar
sama-sama bergalah dan kalau ke pinggir biar sama-sama meredah.
6.12.2007
“Sedekah Hutang”


 5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka


 Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment