Thursday, 23 February 2017

184C : Ramai Yang Berjuang Kerana Wang | Sedikit Yang Bertekad Kerana Jihad





Harga naik
ramai yang panic.
Harga jatuh
ramai tak acuh

  



Yang bertekad
mempertahankan diri.
Yang berjihad
mengorbankan diri.




21
Yang pandai bercakap
 kerjanya tidak siap dan yang pandai berhujah kerjanya tidak sudah.
3.12.2007
Ekspot Malaysia

22
Jangan tegur kalau
 diri sendiri terlanjur dan jangan desak kalau diri sendiri terlajak.
3.12.2007
‘Produk Tulin’

23
Lebih baik
marah sebelum pecah dan lebih baik larang sebelum hilang.
4.12.2007
Al Baqarah, Ayat 278

24
Apabila harga naik
ramai yang panik tetapi apabila harga jatuh ramai  tak acuh.
4.12.2007
“Tinggalkan Sisa Riba”

25
Kurang guna ia
menjadi barang percuma tetapi makin penting ia melebihi harga siling.
5.12.2007
Sindiket Dadah

26
Apabila perlu ramai
berpusu-pusu dan apabila mustahak ramai bersesak-sesak.
5.12.2007
“Peralatkan Wanita”

27
Kalau harga rendah
mereka bermewah-mewah tetapi kalau harga tingi mereka berhati-hati.
5.12.2007
Korporat GLC

28
Orang yang tidak
patuh  akhirnya jatuh dan orang yang tidak taat akhirnya melarat.
5.12.2007
“Diitiraf Antarabangsa”

29
Orang yang bertekad itu
mempertahankan diri manakala orang yang berjihad itu mengorbankan diri.
5.1.2007
Memori Cimpanzi

30
Sesungguhnya ramai
yang berjuang untuk wang tetapi sedikit yang bertekad untuk berjihad.
5.12.0027
“Atasi Manusia”



5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka



 Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment