Friday, 24 February 2017

184E : Berkali-kali Memuji Menjadi Berahi | Berkali-kali Mencaci Menjadi Benci


 


Sekali buat
menjadi paksaan.
Berkali-kali buat
menjadi kebaisaan.





Yang yakin
buat kerja rajin.
Yang waswas
buat kerja malas.




41
Kadang-kadang
yang sulit membawa penyakit  dan yang rahsia membawa bahaya.
7.12.2007
Khutbah Jumaat

42
Kadang-kadang yang
 baik itu menjadi sebutan manakala yang jelik itu menjadi carutan.
7.12.2007
‘Sebaik-baik Ummah’

43
Kadang-kadang sekali
buat menjadi paksaan tetapi berkali-kali buat menjadi kebiasaan.
7.12.2007
Tragedi Bell 412-SP

44
Berkali-kali memuji
akhirnya jadi berahi tetapi berkali-kali mencaci akhirnya jadi benci.
7.12.2007
“Korban Kecuaian”

45
Sessungguhnya lebih baik
buat apa yang kita mampu dan lebih baik dapat apa yang kita mahu.
7.12.2007
Al Baqarah, Ayat 281

46
Jangan paksa kalau
anak-anak tidak minat dan jangan dera kalau anak-anak tidak buat.
7.12.2007
“Pelihara Dirimu”

47
Apabila yakin buat
kerja menjadi rajin tetapi apabila waswas buat kerja menjadi malas.
8.12.2007
Bencana Alam

48
Orang yang rajin itu
peluangnya terjamin tetapi orang yang malas itu pe-luangnya terlepas.
8.12.2007
‘3 Negeri banjir’

49
Di sebalik akur janji, ada unsur tersembunyi dan di sebalik syarat tercatat, ada isyarat tersurat.
8.12.2007
3 Pilot MIG

Apabila sudah terjatuh
baru hendak patuh dan apabila sudah tersungkur baru hendak akur.
8.12.2007
‘Dianugerah RAC’


 5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka


Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment