Friday, 24 February 2017

184F : Yang Ikut Keadaan Tak Mampu Bertahan | Yang Ikut Takdir Tak Mampu Berfikir


 

 Kita hanya boneka.
Yang hilang kuasa
untuk memaksa dan
yang hilang suara
untuk meminta.




Yang setia itu
saling percaya.
Yang belot itu
saling berkomplot.


 

51
Dapat sial baru
hendak ambil hal dan dapat tulah baru hendak ambil kisah.
8.12.2007
Kerjasama Lima

52
Kadang-kadang orang
yang terlalu jujur terlanjur dan orang yang terlalu ikhlas terbabas.
8.12.2007
"Jalin Maritin Global"

53
Kadang-kadang yang
banyak cakap itu tersilap manakala yang banyak diam itu faham.
8.12.2007
Modal Insan UniKL

54
Orang yang memberi
nasihat itu bijaksana tetapi orang yang memberi mudarat itu durjana.
8.12.2007
“Kejuruteraan Maritin”

55
Yang saling ingat-mengingat
itu bersahabat tetapi yang saling tuduh-menuduh itu bermusuh.
8.12.007
Al Baqarah, Ayat 281

56
Mereka yang setia itu
saling percaya tetapi mereka yang belot itu saling berkomplot.
8.12.2007
“Diberi Balasan”

57
Yang ikut keadaan tidak
mampu bertahan dan yang ikut takdir tidak mampu berfikir.
9.12.2007
Hari-Hari Berlalu

58
Kita hanya boneka yang
hilang kuasa untuk memaksa dan yang hilang suara untuk meminta.
9.12.2007
‘Sejarah Berulang’

59
Kalau yang benar itu
ramai yang tidak mendengar tetapi yang buruk itu ramai yang mengangguk.
9.12.2007
Datang Penyesalan

60
Kadangkala bersabar itu
 juga satu keberanian tetapi mencabar itu pula satu kesangsian.
9.12.2007
“Tanpa Pengajaran”



5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka


Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a comment