Thursday, 23 February 2017

184B : Nafsu Itu Tunduk Kerana Tawaduk | Nafsu Itu Buas Kerana Bebas





Yang kurang
jangan berhutang
Yang lebih
jangan menagih





Berteman
baik Jaga maruah.
Beriman
baik jaga akidah



 
11
Kalau berlembut
jangan sampai melutut dan kalau berkeras   jangan sampai menindas.
2.12.2007
Al Baqarah, Ayat 277

12
Kadang-kadang
diberi peluang tetapi kecundang dan diberi modal tetapi gagal.
2.12.2007
‘Dirikan Solat’

13
Seganas-ganas manusia
akhirnya tumpas dan segarang-garang manusia akhirnya kecundang.
3.12.2007
3 Penerjun Maut

14
Biar orang tidak kisah
asal dapat beribadah dan biar orang tidak kenal asal dapat beramal.
3.12.2007
“Tragedi Pesta Lima”

15
Biar susah asalkan jangan
menadah-nadah dan biar papa asalkan jangan meminta-minta.
3.12.2007
Anjuran Monsun Cap

16
Orang yang berpangkat
mendapat darjat manakala orang yang berilmu mendapat restu.
3.12.2007
“Penanda Aras Dunia”

17
Sesungguhnya nafsu
 itu tunduk kerana tawaduk tetapi nafsu itu buas kerana bebas.
3.12.2007
Al Baqarah, Ayat 277

18
Yang berteman lebih
baik menjaga maruah dan yang beriman lebih baik menjaga akidah.
3.12.2007
‘Tunaikan Zakat’

19
Yang kurang jangan
sekali-kali berhutang manakala yang lebih jangan sekali-kali menagih.
4.12.2007
Anggota Terselamat

20
Yang silap kalau disergap
 tergagap-gagap dan yang salah kalau disergah termengah-mengah.
4.12.2007
‘Mematuhi Prosedur’



5-9 Dis 2016
Melaka Trade Centre



 Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment