Monday, 16 May 2016

180C : Yang Malas Berusaha Menyalahkan Masa | Yang Malas Berfikir Menyalahkan Takdir




Kadang-kadang 
apa yang kita kata 
orang percaya
tetapi apa yang kita janji
 orang sangsi.


Baby Ameera

 Senyuman bagai
kuntum bunga mawar
dan haruman bagai
kuntum yang mekar


 1.  
Yang hanya bercakap itu tidak pandai buat dan
yang hanya berharap itu tidak pernah dapat.

 

2
Kadang-kadang apa yang kita kata orang percaya
tetapi apa yang kita janji orang sangsi.

3
Kalau apa yang dihajat  itu menjadi khayalan maka
apa yang dibuat itu menjadi sesalan.

 

4
Yang malas berusaha menyalahkan masa dan yang
malas berfikir menyalahkan takdir
.

5
Jika berkata betul jangan sesekali tersasul dan jika
berkata benar jangan sesekali tersasar.

 

6
Lebih baik menyerang sebelum terlentang dan lebih
baik menggempur sebelum tersungkur.

7.
Bertandang kita berbicang, berbincang kita merancang
dan  merancang kita cemerlang.


8
Orang yang bersyukur itu sentiasa akur manakala
orang yang bersolat itu sentiasa taat.

9
Jika mengata seribu bahasa, jika menjawab seribu sebab
dan jika bersalah seribu helah.

 

10
Sejarah bukan sahaja mencari takdir yang tersurat tetapi
mencari tafsir yang tersirat.






Our little wonder
you make us ponder.
Our little beauty
you make us happy.





Di air 
ajarkan berenang
Di darat 
ajarkan berjalan
Di udara 
ajarkan terbang  





Dari kaca mata Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 

No comments:

Post a Comment