Thursday 26 February 2015

175C: Datang Peluang Baik Bersyukur | Datang Malang Baik Bertafakur




(Dipuji Dicaci.
Dipuja Dicela)




 
   



14/8/2013
At Kuala Lumpur
International Airport,
Malaysia's main international
airport and one of the major
airports of South East Asia.


(mengemis rindu)




ILHAM MINDA 175
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERDURI RASA BERDIRI KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


21
Adakala berseteru kerana kepentingan
tetapi bersatu kerana kegentingan.

22
Mengecam selagi tak lepas geram dan
mengancam selagi tak lepas dendam.

23
Sekali tewas selamanya tertindas dan
sekali kalah selamanya menyerah.


24
Di depan dipuji di belakang dicaci dan
di depan dipuja di belakang dicela.

25
Depan diangguk belakang dikutuk dan
depan dipersetujui belakang diragui.


26
Ramai saksi orang menjadi sangsi dan
banyak cerita orang menjadi curiga.

27
Banyak cakap tersalah anggap dan
banyak diam tersalah faham.


28
Sekali kena bidas terus tewas dan se-
kali kena bangkang terus kecundang.

29
Jangan melatah jika kena bantah dan
jangan mengamuk jika kena kutuk.


30
Datang peluang baik bersyukur tetapi
datang malang baik bertafakur.

    





14/8/2014
A tearful goodby.
The day we hugged you
with tears and the moment we saw
you walking into departure gate
(the gate of  your future),
we really missed you boy.


(melukis mimpi)








Volgograd
is one of the most beautiful
ancient cities of Russia. It is
located in the south-eastern
European part of Russia. 
The city was built as a fortress
on the right bank of the Volga. 
The date of birth of the city 
is July 2, 1589.      


    






Volgograd 
State Medical University
is one of the most famous and highly
reputable Higher School both in
Russia and abroad.
(6 years in Volgo)


 

Aram 175(c)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment