Thursday 15 January 2015

168B: Jika Berhanyut Cari Tempat Berpaut | Jika Terapung Cari Tempat Bergantung

   (Puas Malas. 
 Jemu Dungu)

 





26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(simfoni rindu)




ILHAM MINDA 168
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERCUMBU RASA BERCELARU KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)



11
Yang bersalah kerana tak benar dan
yang bermasalah kerana tak wajar.


12
Kadangkala yang puas menjadi malas
dan yang jemu menjadi dungu.

13
Yang tidak puas hati mengecam dan
yang tidak lepas dengki berdendam.

14
Jika berhanyut cari tempat berpaut dan
jika terapung cari tempat bergantung.

15
Kerana lalai harta diperolehi tergadai dan
kerana cuai kuasa dimiliki terabai.


16
Yang gagah jangan suka mencabar dan
yang lemah jangan suka menyelar.
   
17
Terlalu risau fikiran menjadi kacau dan
terlalu takut fikiran menjadi serabut.


18
Yang saling curiga bersengketa dan
yang saling sangsi berkelahi.

19
Beribu yang melangkah biar searah dan
beribu yang berjalan biar seharapan.

20
Jika hilang suara baru memaksa dan
Jika hilang hak baru mendesak.






26/3/2014   
The garden, which is 58.3 hectares    
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.   


(harmoni mimpi) 






Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 168(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment