Thursday, 25 December 2014

Pertukaran Tidak Membawa Pembubaran | Perubahan Tidak Membawa Permasalahan




(Baran Beban. 
Marah Masalah) 



 



26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(beralih rindu)




ILHAM MINDA 159
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERANJAK RASA BERAGAK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


41
Pertukaran tak membawa pembubaran dan
perubahan tak membawa permasalahan.


42
Yang baran tak tahan beban dan yang marah

tak betah dengan masalah.


43
Yang gagah jangan sekali menyanggah dan
yang lemah jangan sekali mengalah.


44
Orang menjadi gagah kerana semangat dan
orang menjadi tabah kerana taat.

45
Jika peluang datang lebih baik kejar tetapi
jika malang datang lebih baik hindar.

46
Cuma berkata-kata tetapi tak bersedia dan
cuma bercita-cita tetapi tak berusaha.
   
47
Jangan bantah orang yang marah dan ja-
ngan bangkang orang yang berang.

48
Jika berbohong tiada siapa menolong dan
jika menipu tiada siapa membantu.

49
Yang berbuat baik sentiasa dipuji tetapi
yang berbuat jelik sentiasa dicaci.


50
Dapat petunjuk usah menujuk-nunjuk dan
dapat telunjuk usah mengutuk-ngutuk.






26/3/2014       
The garden, which is 58.3 hectares  
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.  


(berdalih mimpi)    


 





Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 159(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment