Sunday 28 December 2014

Akal Itu Modal Bagi Orang Yang Bijak | Amal Itu Bekal Bagi Orang Yang Warak



(Akal Mulut. 
Amal Karut) 



 





26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(berulas rindu)




ILHAM MINDA 160
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERANSUR RASA BERUNDUR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


31
Orang yang latah sentiasa lelah dan orang
yang nyanyuk sentiasa moyok.


32
Yang mesra itu wajahnya ceria manakala
yang geram itu wajahnya masam.

33
Adakala kerana syak saling bertekak dan
kerana waham saling berdendam.


34
Banyak akal jangan banyak mulut dan 
banyak amal jangan banyak karut.

35
Akal itu modal bagi orang yang bijak dan
amal itu bekal bagi orang yang warak.


36
Makin bising makin orang menuding tetapi
makin diam makin orang geram.
   
37
Semakin benci semakin kurang amal dan
semakin rugi semakin kurang modal.


38
Selagi tak penat selagi itu tak berehat dan
selagi tak selesai selagi itu tak bersantai.

39
Semakin beramal semakin berserah tetapi
semakin terkenal semakin bermegah.


40
Yang tak beriman hilang pedoman dan
yang tak bermaruah hilang arah.




 


26/3/2014        
The garden, which is 58.3 hectares   
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.  


(beralas mimpi)    



 





Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 160(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment