Wednesday 3 September 2014

Yang Terasa Muda Datang Tenaga | Yang Terasa Tua Hilang Upaya

(Beban Rasuah.
Korban Maruah)



23/3/2014 Akihabara
A district in the Chiyoda ward
of Tokyo, Japan. The name Akihabara 
is a shortening of Akibagahara
 (autumn leaf field).
mengimbau rindu
 

ILHAM MINDA 136
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
RAKUMAN RASA RAKAMAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Yang kena marah buat-buat tak kisah dan
yang kena keji buat-buat tak peduli.


42
Selesai jika terungkai permasalahan dan
berdamai jika selesai perbalahan.

43
Kalau kusut lebih baik dilerai dan kalau
kalut baik diselesai.


44
Pikat anaknya dengan gula-gula tetapi
pikat emaknya dengan guna-guna.

45
Daripada terbeban kerana rasuah lebih
 baik terkorban kerana maruah.


46
Jika yang gagah hilang matlamat maka
 yang lemah hilang semangat.
   
47
Jika dipujuk anak menunduk tetapi jika
 didesak anak memberontak.


48
Yang sabar bertindak tenang tetapi
yang tegar bertindak kasar.

49
Yang terasa muda datang tenaga teta-
pi yang terasa tua hilang upaya.


50
Cinta datang dari perasaan tetapi
cita-cita datang dari fikiran.

 

 23/3/2014  Akihabara
Nicknamed Akihabara Electric Town
 a major shopping center for household electronic 
goods and the post-war black market
 menjangkau mimpi

 
Aram 136(e)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment