Friday, 12 September 2014

Masa Sihat Selalu Buat Maksiat | Apabila Tenat Baru Nak Taubat

(Berakal Berfikir.
Beramal Berzikir)


 


23/3/2014 Akihabara
A district in the Chiyoda ward
of Tokyo, Japan. The name Akihabara
is a shortening of Akibagahara
(autumn leaf field).

(merakam rindu)
 


 ILHAM MINDA 139
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
RINTANGAN RASA RUNDINGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Yang mahu sentiasa berusaha tetapi
yang malu sentiasa berahsia.


12
 Kian dikejar kian banyak terbiar dan 
kian diburu kian banyak berlalu.

13
Biar yang pahit menjadi ubat dan bi-
ar yang sakit menjadi rahmat.


14
Anak makin dibiar makin liar dan ma-
kin dikawal makin bebal.

15
Kerana kusut jadi kelang-kabut dan
kerana risau jadi kacau-bilau.


16
Masa sihat selalu buat maksiat teta-
pi apabila tenat baru nak taubat.
   
17
Kian terlepas kian ganas tetapi gian
terbelengu kian dungu.


18
Peraturan ketat mereka taat tetapi
longgar mereka dilanggar.

19
Terlalu lembut anak tak ikut dan ter-
lalu mudah anak tak endah.


20
Yang berakal sentiasa berfikir dan
yang beramal sentiasa berzikir.

 
 



 23/3/2014  Akihabara
Nicknamed 'Akihabara Electric Town'
a major shopping center for household electronic
goods and the post-war black market.
 (merakam mimpi)
 





 Tokyo's Akihabara district
may be fabled the world over as a geek wonderland
and a tech writer's dream.
 

 Aram 139(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment