Tuesday, 5 August 2014

Yang Bercakap Banyak Bukan Bijak | Yang Bercakap Besar Bukan Pendekar

(Diam Malu.
Faham Tahu)



sukma rindu


ILHAM MINDA 131
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
PAKATAN RASA PAHATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
31
Jika menang ramai yang bangga tetapi jika
kecundang ramai yang kecewa.


32
Kurang percaya menjadi papa dan kurang
yakin menjadi miskin.

33
Yang diam lebih pasrah tetapi yang geram
lebih marah.


34
Yang kurang tahu cuma bercakap dan yang
kurang mampu hanya berharap.

35
Daripada bercakap baik senyap dan dari-
pada mengecam baik diam.

36
Yang banyak diam lebih berazam tetapi yg
banyak cakap lebih berharap.
   
37
Yang diam itu kerana malu tetapi yang ge-
ram itu kerana mahu.


38
Yang bercakap banyak bukan bijak dan yg
bercakap besar bukan pendekar
.

39
Diam tak bermakna mengalah dan pejam
tak bermakna menyerah


40
Banyak faham banyak tahunya tetapi ba-
nyak diam banyak malunya
.



 29/3/13 Pearl River Cruise
 Guangzhoa
 irama mimpi

 
Aram 131(d)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a Comment