Wednesday, 2 July 2014

Terlalu Mencari Nama Tak Ternama | Terlalu Memberi Muka Tak Terkemuka

(Lebih Tak Sisih).
Kurang Tak Pandang)



puncak rindu


ILHAM MINDA 126
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MIMPIAN RASA MAINAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Yang buat helah mencari masalah dan
yang buat akal mencari ajal.


2
Terlalu mencari nama tak ternama dan ter-
lalu memberi muka tak terkemuk
a
.

3
Jika lebih orang takkan sisih tetapi jika
kurang orang takkan pandang
.


4
Berleka-leka jika masa banyak tetapi ter-
gesa-gesa jika masa terdesak.

5
Yang terpesona mudah terkena dan
yang terharu mudah ditipu.


6
Yang tergamam itu mudah dijunam dan
yang terpegun itu mudah diruntun.
   
7
 Kerana bengap orang lain cepat dan 
kerana silap orang lain sempat


8
Jika kian ingat kian hendak marah maka
kian dekat kian hendak berbalah.

9
Kerana lemah orang lain menang dan
kerana salah orang lain cemerlang.

10
menunduk tak bererti mahu dan me-
 ngangguk tak bererti setuju.



 28/3/13 Love Island Guangzhoa
pasak mimpi


Aram 125(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment