Sunday 8 June 2014

Yang Termakan Budi Hilang Identiti | Yang Termakan Sumpah Hilang Maruah

(Gawat Tergugat.
 Darurat Melarat)




ILHAM MINDA 117
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KERUHAN RASA KELUHAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Semasa gawat keidupan tergugat dan se-
masa darurat kehidupan melarat
.


2
Yang berkuasa usah menabur janji dan yang
 berharta usah menabur simpati.

3
Yang termakan budi hilang identiti dan yang
termakan sumpah hilang maruah
.


4
Baik bermuafakat betulkan masalah dan ja- 
ngan bersubahat timbulkan masalah.

5
Yang banyak tidur kurang umur dan yang
banyak takbur kurang bersyukur.


6
Banyak mendengar punca kesedaran dan
banyak mencabar punca pertengkaran.
   
7
Baik bertengkar untuk mencari ikhtiar dari-
pada berbalah untuk mencari masalah.


8
Jika kurang fikir buat tak menjadi dan jika
kurang mahir buat tak berkualiti.

9
Kurang berfikir kurang berusaha dan ku-
rang mentaksir kurang percaya.

10
Jika tak berani jangan mencuba dan jika
tak pasti jangan bermula.



 
Aram 118(a) 
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment