Tuesday, 17 June 2014

Terlalu Mendesak Orang Naik Jelak | Selalu Merayu Orang Naik Jemu

(Diselam Ilham.
 Dipendam Dendam) 

 

Berpaut di tangkai rindu


ILHAM MINDA 121
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
LANDASAN RASA LINTASAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Emosi itu melemahkan kekuatan manakala
benci itu melemahkan pakatan.


12
Kerana malang hilang peluang dan kerana
 tulah hilang tuah.

13
Yang pandai bercakap tak cekap dan yang
pandai bertengkar tak pakar.


14
Yang berilmu banyak bercerita tetapi yang
dungu banyak ternganga.

15
Jika tak tahu jangan buat bisu dan jika
Tak faham jangan buat diam.


16
Yang diselam menjadi ilham dan yang
dipendam menjadi dendam
.
   
17
Terlalu mendesak orang naik jelak dan
selalu merayu orang naik jemu.

18
Dengki jika yang lain dapat rezeki dan
cemburu jika yang lain cepat maju.

19
Jika makan banyak akhirnya jeluak dan
jika makan sedikit akhirnya sakit.

 
20
Yang cekap buat kerja sampai siap dan
yang mahir buat kerja sampai akhir. 



 
 25/5\13 Li River Guangxi
 

Aram 121(b) 
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment