Friday, 20 June 2014

Kesalahan Membawa Aib Yang Besar | Kekalahan Membawa Nasib Yang Sukar

(Sukar Bersabar.
 Getir Berfikir)


mencatat mimpi di dada senja


ILHAM MINDA 122
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
LAJAKAN RASA LONJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Masa itu harta yang perlu dibelanja dan wang
 itu peluang yang perlu dirancang.

2
 Hilang akal kerana hilang modal dan hilang 
jiwa kerana hilang harta.

3
Usah mengelak jika terserempak dan usah
bertarung jika bertembung.


4
 Kesalahan membawa aib yang besar dan 
kekalahan membawa nasib yang sukar.

5
Jangan percaya jika sedang berlumba dan
jangan yakin jika sedang bermain.


6
Kalau ternampak lambai-melambai dan
jika terserempak belai-membelai.
   
7
Dalam sukar perlu banyak bersabar dan
dalam getir perlu banyak berfikir.


8
Jangan percaya pada pengakuan dan ja-
ngan terpedaya pada persetujuan.

9
Ramai merancang sedikit berpeluang dan
ramai menanggung sedikit beruntung.

10
Usah cari jalan mudah untuk senang dan
usah cari jalan salah untuk menang.


 
melukis warna-warna rindu


Aram 122(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment