Wednesday 11 June 2014

Jika Terpikat Kian Dilihat Kian Berminat | Jika Tertawan Kian Dilihat Kian Berkenan

(Akal Sabar.
 Modal Ikhtiar) 






ILHAM MINDA 119
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KHAYALAN RASA KESALAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Kalau mendapat untung baik menabung dan
kalau mendapat rugi baik mengkaji.

2
Yang habis akal hilang sabar dan yang ha-
bis modal hilang ikhtiar


3
Daripada dibiar baik mencari ikhtiar dan da-
ripada ditinggal baik mencari akal.


4
Jika tertpikat kian dilihat kian berminat dan 
jika tertawan kian dilihat kian berkenan
.

5
Yang terikut-ikut akhirnya hanyut dan yang
terbawa-bawa akhirnya kecewa.


6
Senyum buat-buat mengandungi hajat dan
paksa-paksa melindungi rahsia.
   
7
Mata yang melirik hati tertarik tetapi mata
yang menjeling hati berpaling.


8
 Yang ternampak jangan terasa syak dan 
yang disaksi jangan terasa sangsi

9
Yang kita buat biar kerana niat dan yang
kita dapat biar kerana matlamat.


10
Lari jangan ditempat lapang dan bersem-
bunyi jangan di tempat terang.





Aram 119(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment