Wednesday 28 May 2014

Pejuang Berkorban Demi Bangsa | Pemiutang Terbeban Demi Keluarga

(Strategi Menang.
 Kualiti Cemerlang)





ILHAM MINDA 113
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JANGKAAN RASA JANGKAUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Di penghujung jalan ada destinasi dan di
penghujung impian ada realiti.


2
Selagi tak sampai terus mengembara dan
selagi tak tercapai terus berusaha.

3
Jika tak bermula tak akan sampai dan ji-
ka tak berusaha tak akan berjaya.


4
Selagi tak mencuba takkan bermula dan
selagi tak berusaha takkan berjaya.

5
Jika tak tahu selagi itu tak mencuba dan
jika tak mahu selagi itu tak bermula
.

6
Tak gagal selagi bersemangat kental dan
tak kalah selagi bersemangat tabah. 
   
7
Pejuang berkorban demi bangsa tetapi
pemiutang terbeban demi keluarga.

8

Yang takut kalah terpaksa menyerah dan
yang takut gagal terasa menyesal.

9
Perlukan strategi untuk menang dan per-
pukan kualiti untuk cemerlang
.

10
Anak jika selalu dimarah menjadi pasrah
dan jika selalu dimaki menjadi lali.




Aram 114(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment