Wednesday 14 May 2014

Kerana Judi Terjual Diri | Kerana Rasuah Tergadai Maruah

(Diam Berfikir.
Geram Menyindir)





ILHAM MINDA 108
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IMBASAN RASA IMBAUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Kerana judi terjual diri dan kerana ra-
suah tergadai maruah
.


22
Biar susah dengan maruah daripada
mewah dengan rasuah.

23
Bercakap kasar kena selar dan berca-
kap besar kena cabar.


24
Lebih baik menjadi hamba orang dari- 
 pada menjadi hamba wang. 

25
 Pemimpin yakin memimpin dan pengi- 
kut patut menurut.


26
Berlaku jika merancang masa tetapi
berlalu jika membuang masa.
   
27
Yang melihat itu lebih cakap tetapi
yang berbuat itu lebih cekap.


28
Lebih diam lebih faham tetapi banyak
cakap banyak silap.

29
Yang mendengar tak menyampuk dan
yang bersabar tak mengutuk.


30
Yang diam banyak berfikir tetapi yang
geram banyak menyindir.



 
Aram 108(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment