Thursday, 22 May 2014

Jika Peduli Memujuk-Mujuk | Jika Benci Mengutu-Ngutuk

(Gila-Gila Diri.
 Pura-Pura Peduli)
 



ILHAM MINDA 112
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JAJAHAN RASA JAJAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Masalah timbul jika ramai berkumpul tetapi
masalah selesai jika ramai bersurai.


2
Ramai bercakap sedikit yang siap dan ra-
mai bertikai sedikit yang selesai.

3
 Biar payah jangan sampai menadah dan 
biar sukar jangan sampai berlapar.


4
Walau payah jangan buat salah dan wa-
lau sukar jangan buat munkar.

5
Makin faham makin menyelam tetapi ma-
kin diam makin tenggelam.

6
Permasalahan itu ada penyelesaian dan
 perbalahan itu ada perdamaian. 
   
7
Jika teringat malam termimpi-mimpi dan
jika mengumpat geram menjadi-jadi.

8
Jika mahu buat gila-gila diri tetapi jika
jemu buat pura-pura peduli
.

9
Terkejar-kejar apabila terlihat tetapi ter-
biar-biar apabila mendapat.


10
 Jika peduli memujuk-mujuk tetapi  jika 
benci mengutuk-ngutuk
.



 
Aram 112(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment