Monday, 14 April 2014

Yang degil Bertambah jahil | Yang Ingkar Bertambah Tegar

(Kenal Terkenal.
Gelar Bergelar) 
 
 
 
ILHAM MINDA 101
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HAMPARAN RASA HANTARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Sekali kenal selamanya terkenal dan se-
kali gelar selamanya bergelar
.

32
Cari jalan untuk menyelesai bukan cari
 jalan untuk mempertikai.

33
Yang bijak mencari penyelesaian tetapi
yang bongkak mencari pertikaian.


34
Yang degil bertambah jahil dan yang ing-
kar bertambah tegar
.

35
Yang patuh bersungguh jika disuruh tp
yang ingkar bertengkar jika diajar.

36
Yang pintar lebih baik mengajar dan
yang cerdik lebih baik mendidik.

37
Yang bodoh buat kerja gopoh dan yg
bebal buat kerja tinggal.


38
Yang leka kurang bersedia dan yang
alpa kurang berwaspada.

39
Yang pandai jangan pertikai dan yang
bijak jangan bertekak.


40
Yang pintar usah mencabar dan yang
cerdik usah mengherdik. 
 
Aram 101(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment