Saturday, 12 April 2014

Senang Berbincang Payah Nak Ikhtiar | Senang Berhutang Payah Nak Bayar

(Berpakat Dapat.
Berkongsi Bahagi)



 
 
ILHAM MINDA 100
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GORESAN  RASA GARISAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
Jika pincang bawa berbincang dan jika
 masalah bawa bermusyawarah.


52
Datang berbincang pergi mencari dan
bincang merancang cari berezki.

53
Berjanji jangan bersembunyi dan ber-
hutang jangan menghilang.


54
Dapat banyak usah bertekak dan da-
pat sedikit usah mengungkit. 

55
Jika berpakat sama-sama dapat dan ji-
ka berkongsi sama-sama bahagi
.


56
Senang berbincang payah nak ikhtiar dn
senang berhutang payah nak bayar.
   
57
Baik kecundang kerana maruah daripa-
da menang kerana rasuah.


58
Biar kalah jangan menyumpah dan biar
gagal jangan menyangkal.

59
Menang tak selamanya senang dan ka-
lah tak selamanya susah


60
Menang kerana tenang bukan senang
dan kalah kerana sikap bukan silap.





Aram 100(f)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a Comment