Thursday, 17 April 2014

Mata Yang Melihat Lebih Percaya | Hati Yang Menyaksi Masih Sangsi

(Pincang Berbincang.
Genting Berunding)



 
ILHAM MINDA 103
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HANYUTAN RASA HASUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Yang banyak akal akhirnya gagal dan yang
banyak helah akhirnya kalah.


2
Yang cepat percaya mudah diperdaya dan
yang cepat bersetuju mudah ditipu.

3
Yang bersembunyi takkan berbunyi dan 
yang menyorok takkan berkokok.

4
Hampir kecundang baik berundur tp ham-
 pir menang baik menggempur. 

5
Belakang ada ruang baik bertahan dan
depan ada peluang baik melawan.

6
Jika pincang baik bawa berbincang dan
jika genting baik bawa berunding.
   
7
Jika bersalah baik bermuhasabah dn ji-
 ka bermasalah baik bermusayawarah.

8
Mata yang melihat lebih percaya tetapi
hati yang menyaksi masih sangsi.

9
Jangan membantah jika kalah dan ja-
ngan membalas jika tewas.


10
Jangan tambah yang tersukat dan ja-
ngan ubah yang tersurat.




 
Aram 103(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment