Monday, 7 April 2014

Jolok Sarang Tebuan Dapat Bisanya | Gosok Orang Perempuan Dapat Rahsianya

(Gagal Menyesal.
Kalah Menyumpah) 

 



ILHAM MINDA 99
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GETARAN  RASA GEGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Jolok sarang tebuan dapat bisanya tp gosok
orang perempuan dapat rahsianya
.

22
Dapat peluang cepat bertindak tetapi dapat
malang lambat mengelak.

23
Memburu peluang dapat rezeki tetapi me-
nunggu peluang dapat rugi.

24
Yang bermimpi mencari realiti dan yang
berjanji mencari bukti.

25
Tersalah kata berjaga-jaga dan tersalah
cakap bersiap-siap.

26
Salah tak selamanya bermasalah dan
 kalah tak selamanya menyerah.
   
27
Gagal tak selamanya menyesal dan ka-
lah tak selamanya menyumpah
.


28
Jika risau keadaan kacau-bilau dan ji-
ka serabut keadaan kelam-kabut.

29
Yang bimbang hatinya walang dan yg
resah hatinya giundah.


30
Anak jika terlalu dimanja menjadi leka
dan terlalu dibelai menjadi lalai.



 
Aram 99(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment