Sunday, 16 March 2014

Yang Tak Betul Tenggelam Timbul | Yang Tak Percaya Tenggelam Punca

(Tajam Dalam.
Pendek Cetek)





ILHAM MINDA 97
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Jari yang menunjuk mencari petunjuk dan
kaki yang melangkah mencari arah.


42
Jika kaki melangkah mata memandang dn
jika hati berserah jiwa tenang.

43
Membimbing mengajak berunding tetapi
 menunding mengajak bertanding.


44
Jika yang memandu lebih tahu maka yg
menumpang lebih senang.

45
Dendam membara sampai mati bagai
menggenggam bara menjadi api.

46
Genggam bara menjadi arang tp den-
 dam membara menjadi perang.
   
47
Yang tak betul tenggelam timbul dan yg
 tak percaya tenggelam punca
.


48
Tak percaya buat kerja sia-sia dan tak
 yakin buat kerja main-main.

49
 Fikiran tajam cepat dapat ilham tetapi 
fikiran tumpul ilham lambat timbul.


50
Berakal tajam berfikiran dalam tetapi
berakal pendek berfikiran cetek.

 

 
Aram 97(e)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a comment