Tuesday, 4 March 2014

Jangan Putus Ikhtiar Jika Sukar | Jangan Putus Akal Jika Gagal

(Suka Berahsia.
 Geram Dipendam) 

 
 

        
ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
11
Yang marah mudah berpaling tadah dan yang
benci mudah berpaling hati.


12
Jangan guna muslihat untuk naik pangkat dan
jangan guna budi untuk naik gaji.

13
Jika suka jangan sesekali berahsia dan jika
geram jangan sesekali dipendam
.

14
Yang hati cekal dapat lagi bertahan tetapi yg
mati akal cepat jadi korban.

15
Jangan putus ikhtiar jika sukar dan jangan
putus akal jika gagal
.


16
 Yang terang itu gilang-gemilang dan yang 
bersinar itu memancar-mancar.
   
17
Kawan membuat hati jadi rawan dan keka-
sih membuat hati jadi sedih.


18
Bergaul dengan orang yang betul dan ber-
campur dengan orang yang jujur.

19
Buat tak peduli apabila benci dan buat tak
 endah apabila marah.


20
Tak betul jika bercampur gaul dan tak ju-
jur cika bercampur baur. 




 
Aram 96(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment