Monday, 3 March 2014

Tak Serasi Saling Bersangsi | Tak Sesuai Saling Pertikai

(Terlalai terabai.
 Terleka Tergendala)


 
ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA 
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


1
Dalam mimpi orang muda mengigau dan dalam
realiti orang tua menggagau.

2
Yang berulang gagal menjadi cekal dan yang
berulang kalah menjadi tabah.

3
Yang merancang berfikiran panjang dan yang
bersungguh berfikiran jauh.

4
Yang mengumpat fikirannya singkat dan yang
mengutuk fikirannya suntuk.


5
Tak secocok dengan mulut becok dan tak se- 
suai dengan mulut murai.

6
Tak serasi mereka saling bersangsi dan tak
sesuai mereka saling pertikai
.

   
7
Yang taat sedia berkhidmat tetapi yang ing-
kar suka mencabar.

8
Suami isteri tenteram jika saling faham tp
bersengketa jaika saling curiga.


9
Berkomplot untuk membelot dan berkons-
pirasi untuk berkonfrantasi.

10
Jika terleka kerja tergendala dan jika ter-
lalai usaha terabai
.



 
Aram 96(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment