Sunday, 16 February 2014

Menjual Janji Kerana Kuasa | Membeli Simpati Kerana Harta

(Ditagih Janji.
 Diraih Simpati) 

 



ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELUKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Yang gagah memandang rendah dan
Yang lemah datang menyembah.


52
Yang mewah menunjuk-nunjuk tetapi
yang lemah mengutuk-ngutuk.

53
Yang bangga usah mencela dan yang
megah usah menyumpah.


54
Jika berkuasa ditagih janjinya dan ji-
ka berharta diraih simpatinya
.

55
Kerja tak jadi dengan janji dan usaha
 tak sudah dengan sumpah.


56
Menjual janji kerana kuasa dan mem-
beli simpati kerana harta
.
   
57
Hilang kuasa kerana janji dan hilang
harta kerana rugi.


58
Yang cekal membina realiti tetapi yang
 gagal membina mimpi.

49
Ramai yang berkhayal kerana mimpi dn
ramai yang terjual kerana janji.


60
 Mimpi orang tua satu pencarian tetapi 
mimpi orang muda satu pelarian.




Aram 93(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment