Wednesday, 12 February 2014

Kalah Mati Jangan Kalah Judi | Menang Mutlak Jangan Menang Sorak

(Menang Ditatang.
Kalah Disumpah)





ILHAM MINDA 92
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ESAKAN RASA ERATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Kalah mati jangan kalah judi dn menang
mutlak jangan menang sorak
.


42
Jalan berliku fikiran jadi buntu dan jalan
beranjau fikiran jadi kacau.

43
Bersimpang-siur hati tergiur dan silang-
 menyilang hati menyimpang.


44
Yang taat buat kerja ibadat tetapi yang
ingkar buat kerja mungkar.

45
Yang memerhati tak memberi dan yang
berlalu tak membantu.


46
Yang menyaksi tak bersimpati dan yg
bersangsi tak berkongsi.
   
47
Yang insaf meminta maaf tetapi yang
ingkar berbuat mungkar.


48
 Jika bertengkak orang bersorak dan 
jika bertumbuk orang bertepuk.

49
Jika berjaya ramai yang suka dan ji-
ka menang ramai yang datang.


50
 Jika menang ditatang-tatang tp jika 
kalah disumpah-sumpah
.


 
Aram 92(d)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment