Sunday, 16 February 2014

Cari Jawapan Selesaikan Masalah | Beri Alasan Abaikan Masalah

(Wajah Tercalar.
 Maruah Tercemar)





ILHAM MINDA 94
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EJEKAN RASA ENJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Biar kalah wajah jangan tercalar dan biar
susah maruah jangan tercemar
.

2
Ingat tak buat itu berleka-leka dan buat
tak dapat itu bersia-sia.


3
Pengorbanan itu keredaan yg ikhlas tp
bebanan itu paksaan yang malas.

4
Ramai yang terpaksa berkorban tp se-
dikit yang berjasa terkorban.


5
Banyak bertekak sakit tekak dan ba-
nyak meludah sakit lidah.

6
Cari jawapan selesaikan masalah tetapi
beri alasan abaikan masalah.

   
7
Masalah itu muhasabah untuk berubah
dan bukan helah untuk mengalah.

8
Biar kesabaran hadapi cabaran dn biar
ketabahan hadapi kesusahan.


9
Biar cekal sekalipun gagal dan biar ta-
bah sekalipun kalah.

10
Tipu helah tak mengaku salah dan tipu
muslihat tak mengaku jahat.


 
Aram 94(a)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment