Monday, 24 February 2014

Biar Kurang Rupa Asal Bergaya | Biar Kurang Kacak Asal Berlagak

(Kongsi Untung.
 Dengki Buntung)





ILHAM MINDA 95
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMPANGAN RASA ERANGAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


11
Jika benar kerja jadi lancar tetapi
jika salah kerja jadi masalah.

12
Yang melihat banyak kompelin teta-
pi yang berbuat lebih yakin.


13
Yang buta teraba-raba manakala
yang celik tergedik-gedik.

14
Yang berkongsi dapat untung tetapi
yang berdengki dapat buntung.


15
Berbincang dapat peluang tetapi
membangkang dapat malang.

16
Jika menjual dengan janji maka akhir- 
nya berkhayal dengan mimpi.

   
17
Jika yang berbual itu menjual maka yg
 mendengar itu melamar.

18
Sepintu tak bantu-membantu dan se-
 lorong tak bergotong-royong. 


19
Sekampung tak saling menyokong dan
selorong tak saling menolong.

20
Biar kurang rupa asal bergaya dan bi-
ar kurang kacak asal berlagak
.




 
Aram 95(b)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment